Sebenarnya ada pelbagai posisi yang boleh digunakan semasa menyusukan bayi. Namun sejauh mana teknik lekapan yang betul bagi memastikan bayi mendapatkan susu yang cukup, bayi dan ibu selesa serta mengelakkan kesakitan kepada ibu yang menyusu.
Semasa kehamilan pertama, saya hanya menggunakan posisi duduk di sofa dan memangku bayi. Boleh dikatakan itu memenatkan. Saya mengalami sakit belakang dan tengkuk kerana memangku bayi. Oh ya, bayi saya dilahirkan dengan berat 3.82 kg. Bayangkan saja beratnya ketika itu. Menjalani proses berpantang di rumah, bidan kampung yang datang mengurut saya memberikan tips menyusu bayi dengan posisi baring. Sejak dari itu, saya lebih gemar menyusukan bayi dengan posisi baring. Perlu diingatkan juga, para ibu boleh menyusukan bayi dengan posisi ini namun perlu berhati-hati kerana dikhuatiri ibu boleh tertidur semasa menyusukan bayi dan mungkin akan menghempap bayi anda.
Pengalaman saya semasa anak pertama dan anak kedua, saya mengalami "nipple crash". Memang sakit tak terhingga sampai agak trauma untuk "direct feed" bayi ketika itu. Mungkin anak pertama, lekapan bayi yang salah. Bagi anak kedua pula, bayi saya lebih suka "mengempeng" ataupun menyusu sambil tidur (bermain-main dengan puting). Sama seperti pengalaman pertama, seawal seminggu usia bayi, saya mula menggunakan pam susu dan memberikan bayi minum menggunakan botol sehingga puting sembuh. Mungkin bagi segelintir ibu, mereka khuatir bayi akan mengalami "nipple confusion" tetapi saya tiada pilihan.
Kesakitan apabila mengalami "nipple crash" memang menguji saya untuk tidak meneruskan penyusuan dengan susu ibu. Saya mula terfikir, kenapa perlu bersusah payah untuk bangun setiap dua jam dan membuat perahan? Kan mudah jika hanya terus sediakan susu formula sahaja? Tanpa perlu mengalami kesakitan dan susah payah. Tambahan pula, luka jahitan belum pulih, keadaan badan yang masih lemah dan perlukan rehat secukupnya.
Tetapi saya tekad, kerana sebelum ini saya telah set pada fikiran saya bahawa susu ibu adalah terbaik untuk anak saya. Bahkan itu merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu. Kenapa perlu menafikan hak anak? sedangkan susu ibu merupakan hak mereka. Oleh itu, sehingga ke hari ini saya masih meneruskan penyusuan susu ibu.
0 comments:
Post a Comment