1. Bantal Menyusu/Nursing Pillow
Bagus untuk membantu anda menyusukan bayi dalam keadaan yang selesa. Malah turut penting untuk dimiliki oleh ibu yang bakal melahirkan secara caesarean.
Ada pelbagai jenama dan corak bantal menyusu ini di pasaran. Saya juga ada membeli bantal menyusu semasa hamil anak kedua dan hanya menggunakan bantal ini semasa hamil. Ia amat selesa digunakan pada ketika perut sedang membesar dan menghadapi ketidakselesaan sewaktu tidur. Cuma saya lebih selesa untuk menyusukan bayi secara baring berbanding duduk.
Contoh Nursing Pillow
2. Beg Menyusu/Nursing Bag
Beg yang praktikal perlu bagi membolehkan anda memuatkan semua kelengkapan penyusuan, malah mudah dibawa ke tempat kerja.
Beg ini berfungsi untuk anda menyimpan peralatan-peralatan penyusuan contohnya botol susu, pam susu dan sebagainya.
Contoh Nursing Bag
3. Beg /Cooler Bag
Saiz beg pilihan perlulah mampu memuatkan bekalan susu ibu perahan/Expressed BreastMilk (EBM) yang bakal anda bawa pulang serta memuatkan pek ais/ice pack. Paling penting, ia mempunyai bahan penebat dingin agar dapat mengekalkan kualiti EBM.
Contoh Cooler Bag
4. Pensteril/Streliser
Alat ini perlu ada untuk memudahkan anda mensteril semua kelengkapan penyusuan agar tahap kebersihannya terjamin.
Contoh Streliser jenama Little Bean
5. Pemanas
Sebaik-baiknya alat ini ditinggalkan di rumah pengasuh bayi atau Taska agar memudahkan dia mengendalikan EBM yang perlu dipanaskan setiap kali bayi mahu menyusu.
Contoh Pemanas Jenama Autumz
Ok..Setakat ini dulu perkongsian ilmu dan akan disambung lagi pada entri yang akan datang...
0 comments:
Post a Comment