Pada entri sebelum ini, saya telah berkongsi tentang kelengkapan-kelengkapan bagi membantu menjayakan penyusuan susu ibu. Berikut adalah sambungan dari entri tersebut :
1. Coli Menyusu
Sekurang-kurangnya lima helai coli diperlukan sebagai permulaan. Selain coli biasa yang tidak mempunyai dawai, anda juga memerlukan sleep bra untuk kegunaan di rumah ketika tidur pada waktu malam.
Nursing Bra
2. Pelapik Coli
Tidak kira sama ada pelapik coli boleh basuh atau buang. Ia diperlukan untuk menyerap lelehan susu ibu tanpa meninggalkan sebarang kesan tompokan pada baju yang anda pakai.
Nursing Pad
3. Baju Menyusu
Baju selesa yang mempunyai bukaan khas diperlukan agar memudahkan anda menyelak bukaan berkenaan ketika menyusukan bayi, mengepam atau memerah payu dara. Tidak kira apa jua reka bentuknya, paling penting utamakan baju yang dapat memberi keselesaan.
Nursing Wear
4. Ponco Menyusu
Ketika menyusukan bayi, mengepam atau memerah, ia diperlukan supaya dapat melindungi bahagian-bahagian tubuh yang tidak sepatutnya dilihat oleh rakan sekerja atau orang lain di sekeliling anda.
Nursing Cover
5. Pek Ais
Dapatkan pek ais yang berkualiti bagi membolehkan ia diguna untuk jangka masa yang lama. Pek ais mencukupi perlu ada untuk membolehkan EBM bertahan dalam keadaan dingin sebelum anda menyimpannya di dalam peti sejuk setelah kembali ke rumah.
Ice Pack Jenama Autumz
6. Berus Botol
Biarpun nampak remeh, ia diperlukan bagi membolehkan anda mencuci corong payu dara dan botol penyimpanan susu ibu dengan sempurna sebelum digunakan semula.
Berus Jenama Philips Avent
7. Bekas Penyimpanan Susu Ibu
Tidak kira sama ada anda mahu memilih botol atau pun plastik penyimpanan susu ibu, pastikan ia bebas BPA. Dapatkan bekas mencukupi agar mampu menyimpan EBM yang bakal anda kumpul ketika di tempat kerja.
Botol Penyimpanan Susu Ibu Jenama Autumz
Plastik Penyimpanan Susu Ibu Jenama Autumz
8. Pam
Biarpun banyak jenis pam yang ada di pasaran, ibu bekerjaya sangat digalakkan untuk mendapatkan pam yang boleh membolehkan operasi pengepaman berganda. Ini bagi membolehkan menjimatkan masa yang terhad ketika di tempat kerja.
Sebelum ini saya ada berkongsi tentang tips pemilihan pam payudara.
Pam payu dara jenama Philips Avent
9. Suplemen Penyusuan
Bagi sesetengah individu yang memerlukan suplemen agar dapat meransang tubuh menghasilkan lebih banyak susu, anda boleh mencuba set penyusuan Shaklee. Disamping dapat susu meriah, badan ibu juga cergas.
Produk ini membantu meransang pengeluaran susu ibu dan menjadikan susu lebih pekat. Jom hubungi saya sekarang untuk mencuba.
Set Penyusuan Shaklee
HAFIZAH
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
1109801
CALL/SMS/WATSAPP : 019 2167553
FACEBOOK : nor hafizah
0 comments:
Post a Comment