Seusai bersalin pada tahun 2012, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang ibu dan perbezaan yang amat ketara dapat dirasai dari banyak aspek terutama dari segi aspek kesihatan. Semasa proses berpantang, saya hanya mengetahui kaedah berpantang secara tradisional iaitu mengambil ubat-ubatan seperti manjakani dan jamu-jamu kampung. Tidak dinafikan kebaikan pengambilan ubat-ubatan tradisional. Namun untuk saya, saya memerlukan makanan tambahan lain atau pun "supplement" untuk memberikan tenaga setelah proses bersalin dan keperluan tenaga bagi menguruskan bayi dan keluarga. Tambahan lagi, apabila perlu meneruskan kerjaya setelah tamat cuti bersalin selama 90 hari.
Setelah mencari maklumat di internet, saya menemui produk Shaklee dan yakin dengan keberkesanannya. Untuk itu, saya terus membeli set lengkap bersalin. Tidak dinafikan, banyak produk-produk di pasaran tetapi sejauh mana keberkesannya dan yang paling merisaukan sekiranya ada kesan-kesan sampingan.
Set lengkap yang di "order" telah sampai di ofis melalui pos laju.
Memang tidak sabar serta teruja untuk merasai keberkesanan produk Shaklee yang nyata semakin diyakini ramai pengguna. Alhamdulillah, dengan izin Allah, tiada sebarang kesan negatif dan susu juga semakin meriah. Bukan sahaja menambahkan tenaga namun mendapat manfaat penyusuan yang lebih lancar serta susu yang lebih pekat.
Gambar dari kiri : susu tanpa Shaklee dan gambar kanan : susu dengan pengambilan Shaklee
Nampak ketara bukan, perbezaan dari segi kuantiti dan juga kepekatan susu badan. Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana manfaat produk ini yang dapat dirasai sendiri. Tips penyusuan, pengambilan vitamin serta banyak lagi tips-tips yang akan saya kongsikan pada entry yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment