1. Rambut Berminyak
Akibat peningkatan hormon progesteron, rambut seolah-olah alah kepadanya dan menyebabkannya lebih berminyak jika dibandingkan dengan keadaan sebelum hamil.
2. Sakit Belakang
Seiring dengan peningkatan usia kehamilan, ruang untuk bayi di dalam rahim semakin berkurangan. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan bahagian belakang badan menerima tekanan. Oleh sebab itulah, anda mudah berasa sakit belakang.
3. Sakit Pinggang
Sama seperti sakit belakang, ia berlaku akibat tekanan yang dihadapi oleh bahagian pinggang. Walau bagaimanapun, masalah ini yang juga dikenali sebagai sciatica lebih kerap berlaku di trimester akhir kehamilan kerana rahim makin mengembang manakala tulang belakang makin membengkok.
4. Kebas Tangan
Lapisan di pergelangan tangan yang membengkak memberi kesan kepada urat saraf di bahagian tangan. Masalah ini dikenali sebagai carpal tunnel syndrome.
5. Mata Rabun
Kandungan air yang terlalu banyak di bahagian mata boleh menyebabkan anda kerap sakit kepala. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh menyebabkan anda mengalami rabun. Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering sakit kepala.
6. Pigmentasi Kulit
Peningkatan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ia adalah normal dan akan beransur-ansur hilang setelah anda selamat melahirkan.
7. Ruam
Oleh sebab tubuh tidak dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas hormon progesteron, ada segelintir daripada wanita hamil mudah mengalami ruam. Usah khuatir kerana masalah ini lama kelamaan akan hilang dengan sendirinya.
8. Gusi Bengkak atau Berdarah
Perubahan yang berlaku kepada hormon estrogen dan progesteron menjadi punca masalah ini berlaku. Anda disarankan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan dan jalan terbaik ialah mendapatkan pemeriksaan doktor gigi dengan segera.
9. Payu Dara Sakit
Perubahan saiz payudara biasanya berlaku ketika trimester pertama. Ia berlaku akibat peningkatan hormon estrogen dan prostesteron. Keadaan ini akan berterusan sepanjang usia kehamilan. Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, anda digalakkan untuk bertukar kepada coli khusus untuk wanita hamil.
10. Rahim Mengeras
Ketika kandungan lapan bulan, anda mungkin akan kerap mengalami keadaan di mana perut mengeras seperti berlakunya kontraksi rahim. Hal ini normal kerana rahim. Hal ini keadaan normal kerana rahim sedang melakukan persediaan untuk melalui proses kelahiran yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.
11. Kaki Kejang/Bengkak
Air yang terlalu banyak bertakung di bahagian kaki akan mengakibatkan kaki mudah berasa kejang. Kerap melakukan senaman ringan di bahagian kaki dapat mengatasi masalah ini. Bengkak di kaki pula berlaku kerana tekanan darah tinggi yang anda hidap tidak stabil. Malah, ia merupakan petanda awal praeklampsia. anda digalakkan memakai stoking ketat dan meninggikan kaki ketika berbaring.
12. Kuku Pecah/Merekah
Lebihan hormon boleh mengakibatkan kuku tumbuh lebih pantas. Malah, ada segelintir daripada anda mengalami masalah kuku mudah pecah atau merekah. Perubahan ini hanya sementara dan akan kembali normal selepas anda melahirkan.
0 comments:
Post a Comment