This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday 8 April 2014

Petua Dapur


Mudahnya di Dapur 


1. Telur Rebus Senang dikupas

Kulit telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus direndam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. Cubalah!

2. Elak Nasi Cepat Basi

Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat pemeluwapan yang terlalu banyak. Bagi mengelakkannya sebelum menekan suis periuk atau masak atas dapur gas, masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insyaallah nasi yang dimasak tahan seharian.

3. Daging Kambing Tidak Berbau

Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya rendam daging dengan air basuhan beras untuk setengah jam, kemudian barulah direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat mencuba!

4. Kacang Bendi Tetap Segar

Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.

5. Kurangkan Ulat Beras

Jika beras disimpan lama tentu banyak ulat beras atau bubuk di dalamnya. Bagi mencegahnya, ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu, alaskan selapis lagi dan tuang beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya, beras tidak lagi diserang bubuk.

Monday 7 April 2014

Testimoni Pengambilan Set Kehamilan Shaklee


Pada awal kehamilan, kebanyakan wanita akan mengalami mabuk serta alahan.  Semasa saya disahkan hamil pada trimester pertama, saya turut mengalami mabuk serta alahan. Terutamanya pada waktu pagi di mana saya sering berasa letih, lesu, mual dan loya. Saya paling tidak tahan dengan bau-bauan busuk (terasa hidung sangat sensitif) pada ketika itu. Pada kehamilan anak pertama, saya belum mengenali Shaklee. Oleh itu, saya hanya mengambil vitamin yang disediakan oleh Klinik Kesihatan tempat saya melakukan pemeriksaan kesihatan semasa hamil. Paling teruk apabila saya alah pada vitamin yang dibekalkan. Saya sering muntah selepas makan dan membuatkan badan saya tidak cergas dan sangat malas untuk keluar bekerja.

Berbeza semasa kehamilan kedua di mana saya telah mengambil Shaklee sejak trimester pertama. Alahan yang saya alami hanya pada 3 bulan pertama dan agak kurang berbanding sebelum ini. Malah saya lebih bertenaga dan dapat bekerja seperti biasa.

Badan yang cergas adalah amat penting semasa hamil bagi memastikan bayi dalam kandungan juga sentiasa cergas dan tiada komplikasi semasa kehamilan. Oleh itu, saya menyarankan wanita hamil untuk mencuba keberkesanan Shaklee dan mengalami sendiri keseronokan sepanjang kehamilan. Kehamilan merupakan saat yang indah yang tidak mungkin dapat kita lupakan. Jangan jadikan ia sebagai kenangan pahit anda.


Dapatkan Set Kehamilan Shaklee hari ini. 

Fiza 019-216 7553
ID Shaklee : 1109801


Fahami Perubahan Fizikal Kala Hamil

1. Rambut Berminyak

Akibat peningkatan hormon progesteron, rambut seolah-olah alah kepadanya dan menyebabkannya lebih berminyak jika dibandingkan dengan keadaan sebelum hamil.

2. Sakit Belakang

Seiring dengan peningkatan usia kehamilan, ruang untuk bayi di dalam rahim semakin berkurangan. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan bahagian belakang badan menerima tekanan. Oleh sebab itulah, anda mudah berasa sakit belakang.

3. Sakit Pinggang

Sama seperti sakit belakang, ia berlaku akibat tekanan yang dihadapi oleh bahagian pinggang. Walau bagaimanapun, masalah ini yang juga dikenali sebagai sciatica lebih kerap berlaku di trimester akhir kehamilan kerana rahim makin mengembang manakala tulang belakang makin membengkok.

4. Kebas Tangan

Lapisan di pergelangan tangan yang membengkak memberi kesan kepada urat saraf di bahagian tangan. Masalah ini dikenali sebagai carpal tunnel syndrome.

5. Mata Rabun

Kandungan air yang terlalu banyak di bahagian mata boleh menyebabkan anda kerap sakit kepala. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh menyebabkan anda mengalami rabun. Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering sakit kepala.

6. Pigmentasi Kulit

Peningkatan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ia adalah normal dan akan beransur-ansur hilang setelah anda selamat melahirkan.

7. Ruam

Oleh sebab tubuh tidak dapat menerima perubahan yang berlaku ke atas hormon progesteron, ada segelintir daripada wanita hamil mudah mengalami ruam. Usah khuatir kerana masalah ini lama kelamaan akan hilang dengan sendirinya.

8. Gusi Bengkak atau Berdarah

Perubahan yang berlaku kepada hormon estrogen dan progesteron menjadi punca masalah ini berlaku. Anda disarankan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan dan jalan terbaik ialah mendapatkan pemeriksaan doktor gigi dengan segera.

9. Payu Dara Sakit

Perubahan saiz payudara biasanya berlaku ketika trimester pertama. Ia berlaku akibat peningkatan hormon estrogen dan prostesteron. Keadaan ini akan berterusan sepanjang usia kehamilan. Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, anda digalakkan untuk bertukar kepada coli khusus untuk wanita hamil.

10. Rahim Mengeras

Ketika kandungan lapan bulan, anda mungkin akan kerap mengalami keadaan di mana perut mengeras seperti berlakunya kontraksi rahim. Hal ini normal kerana rahim. Hal ini keadaan normal kerana rahim sedang melakukan persediaan untuk melalui proses kelahiran yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

11. Kaki Kejang/Bengkak

Air yang terlalu banyak bertakung di bahagian kaki akan mengakibatkan kaki mudah berasa kejang. Kerap melakukan senaman ringan di bahagian kaki dapat mengatasi masalah ini. Bengkak di kaki pula berlaku kerana tekanan darah tinggi yang anda hidap tidak stabil. Malah, ia merupakan petanda awal praeklampsia. anda digalakkan memakai stoking ketat dan meninggikan kaki ketika berbaring.

12. Kuku Pecah/Merekah

Lebihan hormon boleh mengakibatkan kuku tumbuh lebih pantas. Malah, ada segelintir daripada anda mengalami masalah kuku mudah pecah atau merekah. Perubahan ini hanya sementara dan akan kembali normal selepas anda melahirkan.