Tuesday 25 March 2014

Pemakanan Ibu Hamil






Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat. Semasa mengandung, bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan, tetapi ketahui apa yang anda makan.

Secara umumnya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari lebih daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari amat penting diperoleh daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Ini kerana apa yang ibu makan turut sama dikongsi oleh bayi yang dikandung. Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi.

Malah jika berlakunya peningkatan berat badan dan tidak dikawal, ibu juga akan menghadapi pelbagai masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Sehubungan itu, doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.

Apa yang pasti,diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi yang pada asasnya anda perly mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan. Namun jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapa nutrisi terdagulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat. Biar sedikit tetapi kerap.



Set Lengkap Ibu Hamil

Energizing Soy Protein (ESP)
Vitalea
B-Complex
Vita-C
Ostematrix
Zinc Complex
Omega Guard

Hubungi Saya Sekarang :

Hafizah 019-2167553
ID Shaklee : 1109801





0 comments:

Post a Comment