Saya menggunakan set ibu hamil Shaklee pada kehamilan anak kedua. Saya amalkan pemakanan produk ini pada trimester pertama lagi. Alhamdulillah saya tiada masalah sepanjang kehamilan kedua berbanding dengan kehamilan pertama. Ini kerana semasa hamil anak pertama, saya alami mabuk teruk di awal kehamilan. Pada ketika itu, saya mengambil vitamin yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan sahaja. Rasa mual, loya, pening dan kadang kala muntah memang membuatkan saya tidak bertenaga dan tidak bersemangat untuk bekerja. Setelah memasuki trimester kedua, mabuk sudah beransur hilang. Cuma saya mengalami bengkak tangan dan kaki. Berat badan juga meningkat setiap kali menjalani pemeriksaan di klinik dan setiap kali itu juga rekod tidak baik. Begitu juga dengan bacaan hb iaitu kepekatan darah yang selalunya di bawah bacaan 11.
Hb adalah paras hemoglobin dalam darah. Paras yang rendah amat berbahaya kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana berisiko untuk mengalami anemia (kurang darah) dan keguguran. Ibu hamil juga akan sering berasa lemah lesu dan kemungkinan boleh pengsan.
Berat badan juga meningkat sehingga 20 kg semasa memasuki trimester ketiga. Saya juga sering mengalami sakit belakang. Oleh itu, awal kehamilan anak kedua, saya mengambil produk Shaklee dan ternyata saya dapat mengatasi rasa mabuk dengan mudah serta tidak lagi mengalami bengkak kaki dan tangan. Bacaan hb juga sentiasa melepasi tahap bacaan 11 dan berat badan juga sentiasa ideal semasa hamil. Semasa trimester ketiga, berat badan saya hanya 10 kg meningkat berbanding sebelum ini. Saya juga dapat berpuasa penuh ketika bulan Ramadhan semasa trimester ketiga kehamilan tanpa masalah serta dapat menyelesaikan tugasan di pejabat.
Panduan Nutrisi Ibu Hamil
Vitamin B-Complex - menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal.
Vitamin D - untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi
Vitamin E - bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat
Protein - sumber zat pertumbuhan sel
Asid Folik - untuk perkembangan sistem saraf dan sel darah. Kekurangan nutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi.
Zat Besi - mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung
Kalsium - bagi proses pembentukan tulang, dan gigi bayi serta menghalang ibu mengalami osteoporosis
0 comments:
Post a Comment