Mudahnya di Dapur
1. Telur Rebus Senang dikupas
Kulit telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi mudah terkoyak. Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka. Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus direndam di dalam air. Kemudian barulah dikupas. Tentu anda mudah mengupasnya. Cubalah!
2. Elak Nasi Cepat Basi
Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat pemeluwapan yang terlalu banyak. Bagi mengelakkannya sebelum menekan suis periuk atau masak atas dapur gas, masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. Insyaallah nasi yang dimasak tahan seharian.
3. Daging Kambing Tidak Berbau
Apabila membeli daging kambing, jangan terus memasaknya. Sebolehnya rendam daging dengan air basuhan beras untuk setengah jam, kemudian barulah direbus dengan halia. Air basuhan beras tadi bukan sahaja akan menghilangkan baunya malah melembutkan daging. Selamat mencuba!
4. Kacang Bendi Tetap Segar
Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.
5. Kurangkan Ulat Beras
Jika beras disimpan lama tentu banyak ulat beras atau bubuk di dalamnya. Bagi mencegahnya, ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu, alaskan selapis lagi dan tuang beras di atasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya, beras tidak lagi diserang bubuk.
0 comments:
Post a Comment