Saturday, 15 March 2014

Pertama Kali Penyusuan Susu Ibu

Niat untuk memberikan bayi dengan susu ibu telah saya tanamkan di dalam hati semasa hamil lagi. Mungkin kerana faktor persekitaran merupakan salah satu faktor yang membuat saya memilih untuk penyusuan susu ibu atau pun "breastfeeding".

Faktor-faktor yang mendorong saya untuk penyusuan susu ibu :

1) Telah terkandung di dalam Al-Quran
2) Persekitaran di mana saudara mara dan rakan pejabat kebanyakan menyusukan bayi mereka
3) Hospital rakan bayi - menggalakkan bakal-bakal ibu menyusukan bayi dengan menyampaikan ceramah tentang kepentingan penyusuan susu ibu.
4) Dorongan diri sendiri - mindset bahawa susu ibu adalah yang terbaik
5) Bila menyusukan bayi, saya lebih dekat dengan bayi, dapat merenung wajah bayi yang comel. Sudah tentu, saat ini pasti dirindui.

Semasa kehamilan pertama, saya mempelajari tentang penyusuan susu ibu melalui internet dengan membaca pengalaman-pengalaman orang lain. Semasa berpantang, saya mengalami bengkak susu seawal seminggu selepas bersalin. Memang sangat sakit dan tahap demam. Ape yang saya lakukan, saya mendapatkan rawatan daripada seorang bidan untuk urutan di sekitar payudara. Selain itu, saya juga membuat rawatan sendiri iaitu dengan menggunakan kain lap dan air suam. Saya turut menggunakan minyak di kawasan sekitar payudara yang bengkak. Saya dapati selepas rawatan-rawatan tersebut, pengeluaran susu semakin lancar dan saya mula menggunakan pam susu yang telah siap sedia saya beli semasa tempoh hamil lagi. Alhamdulillah, pada awalnya memang tak biasa dan agak sakit. Namun lama kelamaan, bengkak semakin surut.

Pam susu yang saya gunakan ialah pam manual jenama Philips Avents.

Inilah rupa pam manual pertama saya.

Sebenarnya ada tips-tips yang perlu dipertimbangkan sekiranya ingin membeli pam susu. Akan saya kongsikan pada entry lain. Sebenarnya banyak perkara tentang penyusuan susu ibu yang perlu dipelajari. Saya memang teruja untuk berkongsi terutama tentang pengalaman saya sendiri.

Mengepam semasa dalam pantang adalah amat baik kerana bayi ketika itu lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur dan hanya minum sedikit sahaja. Pada masa itu, saya tidak mengambil apa-apa supplement ataupun makanan tambahan. Jika kita tidak mengepam, kemungkinan payudara akan membengkak.

Ketika itu, saya mengalami nipple crash ataupun puting melecet. Mungkin disebabkan kedudukan bayi yang tidak betul semasa menyusu. Untuk merawat nipple crash, hanya sapukan susu ibu di sekitar puting tersebut.
Apa yang saya lakukan, saya pam susu dan minta bantuan ibu serta suami untuk memberikan bayi minum melalui botol susu. Oh ya, saya telah siap sedia juga untuk membeli set botol susu untuk bayi semasa hamil lagi. Nampaknya memang berguna...


Gambar starter set untuk newborn Jenama Philips Avent

Bayi sepatutnya tidak digalakkan untuk diberi minum melalui botol susu kerana dikhuatiri berlaku "nipple confusion" ataupun bayi keliru puting. Tetapi apakan daya, saya agak trauma untuk direct feed bayi saya ketika itu... Alhamdulillah, bayi saya tidak mengalami "nipple confusion" sehingga saat saya perlu menghantar bayi ke taska. Tidak seperti anak kedua saya...akan saya kongsikan pada masa akan datang.






0 comments:

Post a Comment