- merawat masalah sembelit dan melawaskan perut
- meransang usus untuk lebih cepat memproses perkumuhan dan pembersihan najis secara lembut daripada terus tersimpan lama di dalam perut yang boleh menyebabkan toksin.
- mengempiskan perut
- mengurangkan ketegangan perut
Monday, 17 March 2014
Shopping Shaklee
05:40
No comments
Hari ini berpeluang untuk mengunjungi Branch Shaklee Kuala Lumpur yang terletak di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju. Hanya beberapa minit "drive" dari pejabat saya. Beli vitamin tambahan untuk diri sendiri, ahli keluarga dan order dari seorang kawan lama.
Ada satu lagi tertinggal dalam gambar iaitu Herb Lax..saya baru nak cuba...
Apa kebaikan Herb Lax ye?
Cukup stok untuk beberapa bulan. Inilah yang dikatakan, SIHAT SEBELUM SAKIT. Anda bila lagi?
Hubungi saya : Hafizah
Call/SMS/Watsapp : 019-2167553
ID Shaklee : 1109801
Saturday, 15 March 2014
Variasi Produk Shaklee
23:58
No comments
Variasi Produk Shaklee
Setiap produk Shaklee mempunyai manfaat yang tersendiri. Ianya merupakan makanan tambahan yang mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Cukupkah dengan pengambilan makanan seharian seperti nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita perlu sedar, bahawa kebanyakan makanan hari ini mengandungi bahan-bahan kimia yang digunakan. Sebagai contoh, bahan kimia atau racun yang digunakan pada sayur-sayuran, bahan pengawet yang digunakan untuk menjadikan makanan tahan lama dan suntikan kepada ayam, lembu dan sebagainya. Itu belum mengambilkira makanan segera yang kita ambil. Lindungi diri anda dan keluarga bermula hari ini.
Hafizah : 019-2167553
ID Shaklee : 1109801
Mula Jatuh Cinta
23:47
No comments
Shaklee? Ape tu? Best ke? Berkesan ke?
Soalan standard yang pastinya bermain-main di fikiran.. Saya mula mengenali Shaklee sejak bersalin kali pertama pada tahun 2012. Saya percaya ramai wanita yang mula merasai perbezaan yang ketara dari segi fizikal dan mental selepas bersalin. Ketika itulah, saya mula mencari maklumat tentang produk yang berkesan yang dapat memberikan tenaga untuk saya menguruskan bayi, keluarga dan meneruskan kerjaya. Paling penting, produk tersebut tidak mengandungi bahan kimia dan semulajadi. Sekurang-kurangnya badan yang lemah lesu selepas bersalin dapat dipulihkan. Tidak dinafikan, banyak produk-produk kesihatan pelbagai jenama yang ada di pasaran.
Saya mula mencari maklumat di internet, dengan membaca blog dan testimoni pengguna-pengguna produk Shaklee. Sudah tentunya, isu status halal merupakan perkara yang pertama perlu diambilkira.
Dari segi harga pula, boleh dikatakan produk Shaklee agak mahal berbanding produk jenama lain. Tetapi perlu diingat, berbaloikah mengambil supplement yang murah tetapi tidak berkesan malahan mungkin ada kesan sampingan. Bagi saya, tidak rugi melabur sedikit untuk kesihatan. Kenapa perlu tunggu sakit untuk kita mengambil makanan tambahan/supplement? Saya yakin dan terus membeli Set Lengkap Bersalin Shaklee tanpa ragu-ragu. Oleh kerana berpuas hati dengan penggunaannya, sehingga kini saya telah menjadi pengguna tegar Shaklee.
Sekiranya anda juga berminat untuk merasai sendiri produk Shaklee, sila hubungi saya :
Hafizah
ID Shaklee : 1109801
019-21677553
Lokasi : Kuala Lumpur
Batu Caves, Gombak,Sentul
Posisi Penyusuan Susu Ibu
22:55
No comments
Posisi yang penting diketahui untuk menjayakan penyusuan susu ibu.
Sebenarnya ada pelbagai posisi yang boleh digunakan semasa menyusukan bayi. Namun sejauh mana teknik lekapan yang betul bagi memastikan bayi mendapatkan susu yang cukup, bayi dan ibu selesa serta mengelakkan kesakitan kepada ibu yang menyusu.
Semasa kehamilan pertama, saya hanya menggunakan posisi duduk di sofa dan memangku bayi. Boleh dikatakan itu memenatkan. Saya mengalami sakit belakang dan tengkuk kerana memangku bayi. Oh ya, bayi saya dilahirkan dengan berat 3.82 kg. Bayangkan saja beratnya ketika itu. Menjalani proses berpantang di rumah, bidan kampung yang datang mengurut saya memberikan tips menyusu bayi dengan posisi baring. Sejak dari itu, saya lebih gemar menyusukan bayi dengan posisi baring. Perlu diingatkan juga, para ibu boleh menyusukan bayi dengan posisi ini namun perlu berhati-hati kerana dikhuatiri ibu boleh tertidur semasa menyusukan bayi dan mungkin akan menghempap bayi anda.
Pengalaman saya semasa anak pertama dan anak kedua, saya mengalami "nipple crash". Memang sakit tak terhingga sampai agak trauma untuk "direct feed" bayi ketika itu. Mungkin anak pertama, lekapan bayi yang salah. Bagi anak kedua pula, bayi saya lebih suka "mengempeng" ataupun menyusu sambil tidur (bermain-main dengan puting). Sama seperti pengalaman pertama, seawal seminggu usia bayi, saya mula menggunakan pam susu dan memberikan bayi minum menggunakan botol sehingga puting sembuh. Mungkin bagi segelintir ibu, mereka khuatir bayi akan mengalami "nipple confusion" tetapi saya tiada pilihan.
Kesakitan apabila mengalami "nipple crash" memang menguji saya untuk tidak meneruskan penyusuan dengan susu ibu. Saya mula terfikir, kenapa perlu bersusah payah untuk bangun setiap dua jam dan membuat perahan? Kan mudah jika hanya terus sediakan susu formula sahaja? Tanpa perlu mengalami kesakitan dan susah payah. Tambahan pula, luka jahitan belum pulih, keadaan badan yang masih lemah dan perlukan rehat secukupnya.
Tetapi saya tekad, kerana sebelum ini saya telah set pada fikiran saya bahawa susu ibu adalah terbaik untuk anak saya. Bahkan itu merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu. Kenapa perlu menafikan hak anak? sedangkan susu ibu merupakan hak mereka. Oleh itu, sehingga ke hari ini saya masih meneruskan penyusuan susu ibu.
Pertama Kali Penyusuan Susu Ibu
22:23
No comments
Niat untuk memberikan bayi dengan susu ibu telah saya tanamkan di dalam hati semasa hamil lagi. Mungkin kerana faktor persekitaran merupakan salah satu faktor yang membuat saya memilih untuk penyusuan susu ibu atau pun "breastfeeding".
Faktor-faktor yang mendorong saya untuk penyusuan susu ibu :
1) Telah terkandung di dalam Al-Quran
2) Persekitaran di mana saudara mara dan rakan pejabat kebanyakan menyusukan bayi mereka
3) Hospital rakan bayi - menggalakkan bakal-bakal ibu menyusukan bayi dengan menyampaikan ceramah tentang kepentingan penyusuan susu ibu.
4) Dorongan diri sendiri - mindset bahawa susu ibu adalah yang terbaik
5) Bila menyusukan bayi, saya lebih dekat dengan bayi, dapat merenung wajah bayi yang comel. Sudah tentu, saat ini pasti dirindui.
5) Bila menyusukan bayi, saya lebih dekat dengan bayi, dapat merenung wajah bayi yang comel. Sudah tentu, saat ini pasti dirindui.
Semasa kehamilan pertama, saya mempelajari tentang penyusuan susu ibu melalui internet dengan membaca pengalaman-pengalaman orang lain. Semasa berpantang, saya mengalami bengkak susu seawal seminggu selepas bersalin. Memang sangat sakit dan tahap demam. Ape yang saya lakukan, saya mendapatkan rawatan daripada seorang bidan untuk urutan di sekitar payudara. Selain itu, saya juga membuat rawatan sendiri iaitu dengan menggunakan kain lap dan air suam. Saya turut menggunakan minyak di kawasan sekitar payudara yang bengkak. Saya dapati selepas rawatan-rawatan tersebut, pengeluaran susu semakin lancar dan saya mula menggunakan pam susu yang telah siap sedia saya beli semasa tempoh hamil lagi. Alhamdulillah, pada awalnya memang tak biasa dan agak sakit. Namun lama kelamaan, bengkak semakin surut.
Pam susu yang saya gunakan ialah pam manual jenama Philips Avents.
Inilah rupa pam manual pertama saya.
Sebenarnya ada tips-tips yang perlu dipertimbangkan sekiranya ingin membeli pam susu. Akan saya kongsikan pada entry lain. Sebenarnya banyak perkara tentang penyusuan susu ibu yang perlu dipelajari. Saya memang teruja untuk berkongsi terutama tentang pengalaman saya sendiri.
Mengepam semasa dalam pantang adalah amat baik kerana bayi ketika itu lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur dan hanya minum sedikit sahaja. Pada masa itu, saya tidak mengambil apa-apa supplement ataupun makanan tambahan. Jika kita tidak mengepam, kemungkinan payudara akan membengkak.
Ketika itu, saya mengalami nipple crash ataupun puting melecet. Mungkin disebabkan kedudukan bayi yang tidak betul semasa menyusu. Untuk merawat nipple crash, hanya sapukan susu ibu di sekitar puting tersebut.
Apa yang saya lakukan, saya pam susu dan minta bantuan ibu serta suami untuk memberikan bayi minum melalui botol susu. Oh ya, saya telah siap sedia juga untuk membeli set botol susu untuk bayi semasa hamil lagi. Nampaknya memang berguna...
Gambar starter set untuk newborn Jenama Philips Avent
Bayi sepatutnya tidak digalakkan untuk diberi minum melalui botol susu kerana dikhuatiri berlaku "nipple confusion" ataupun bayi keliru puting. Tetapi apakan daya, saya agak trauma untuk direct feed bayi saya ketika itu... Alhamdulillah, bayi saya tidak mengalami "nipple confusion" sehingga saat saya perlu menghantar bayi ke taska. Tidak seperti anak kedua saya...akan saya kongsikan pada masa akan datang.
Pentingnya Penyusuan Susu Ibu
21:49
No comments
Pada zaman moden yang serba canggih, di mana masyarakat mengejar masa dan kekayaan, ramai para ibu yang kurang prihatin tentang penyusuan susu ibu. Betapa pentingnya memberikan bayi susu ibu berbanding susu formula. Pilihan terletak di tangan kita...
Kenapa saya memilih untuk menyusukan bayi saya dengan susu ibu?
Berikut artikel yang dipetik dari http://fikrahhalaqah.com untuk perkongsian bersama.
Allah SWT telah menjadikan susu ibu sebagai susu yang terbaik sebagai makanan utama bayi. Banyak bukti saintifik membuktikan kelebihannya berbandingan dengan susu formula, sama ada yang berasakan susu lembu atau soya.
Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik. Dalam Al-Quran, kita telah diberikan arahan seperti berikut:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)
Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah susu yang lengkap nutrisi untuk kebaikan bayi, tidak dapat ditandingi oleh susu formula sama ada susu berasaskan susu lembu atau soya.
Menurut Akademi Pediatrik Amerika, susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik bagi bayi berumur satu tahun ke bawah, diikuti dengan susu formula berasakan susu lembu dan diikuti oleh susu soya.
Academi Pediatrik Amerika juga manasihatkan agar bayi diberikan susu ibu secara ekslusif sekurang-kurangnya sehingga berumur enam bulan, dan diberikan susu ibu bersama dengan makanan pejal yang lembut secara berperingkat-peringkat sehingga berumur setahun.
Adalah lebih baik jika bayi dapat disusukan sehingga berumur 2 tahun. Sayangnya ramai ibubapa yang masih memilih susu formula kerana pelbagai alasan.
Kajian di Amerika pada tahun 2008, mendapati seramai dua pertiga dari bayi di Amerika diberikan susu ibu sehingga berumur enam bulan, kemudian seramai tiga perempat dari mereka menukarkan kepada susu formula setelah mencapai umur enam bulan.
Sementara satu perlima dari bayi di Amerika diberikan susu formula yang berasakan soya.
Oleh kerana susu formula tidak dapat menyamaikan kebaikan nutrisi yang dibekalkan oleh susu ibu, hampir semua pengeluar susu formula berlumba-lumba menghasilkan susu formula yang dikatakan lebih bermanfaat untuk menandingi susu ibu.
Sebagai contoh pengeluar susu formula menambahkan lemak asid (fatty acids) docosahexaenoic acid (DHA) dan arachidonic acid (AA) untuk menyamai kandungan nutrisi susu ibu bagi meningkatkan perkembangan minda bayi.
Tetapi kebanyakan pengkaji mendapati bahawa penambahan DHA dan AA dalam susu formula tidak memberikan kesan yang baik untuk perkembangan minda berbanding dengan susu ibu.
Dr. Ahmad Qawasmi telah menggabungkan 12 kajian yang diperolehi dari Yale University, Connecticut Amerika Syarikat dan Al-Quds University di Jerusalem, Palestine untuk membandingkan bayi yang disusukan dengan susu formula tanpa penambahan asid lemak dengan bayi yang disusukan dengan susu formula dengan penambahan asid lemak. Kajian ini melibat seramai 1800 bayi dan dilakukan sepanjang tahun 1998-2005.
Dalam kajian ini bayi-bayi ini mula disusukan dengan susu formula semenjak umur satu bulan dan penilaian dilakukan apabila mereka mencapai umur setahun untuk menguji perkembangan bahasa, minda dan kemahiran motor.
Mereka mendapati susu formula berasaskan soya dan susu lembu ditambahkan dengan DHA dan AA, tidak dapat menandingi kebaikan susu ibu. Dalam kajian itu menunjukkan tiada perbezaan antara perkembangan minda seperti bahasa dan kebolehan berfikir.
Ini tidak bermakna bahawa asid lemak yang dibekalkan tidak mempunyai faedah, tetapi faedah yang diperolehi tidak menyamai bayi yang diberikan susu ibu. Lemak asid yang ditambah mungkin memberikan kebaikan kepada perkembangan penglihatan (mata) dan daya tahan melawan penyakit.
Susu ibu lebih baik dari susu formula ini kerana:
1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.
2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.
3. Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain.
Subhanallah, arahan tentang penyusuan susu ibu telah terkandung di dalam Al-Quran. Namun sejauh mana ibu bapa hari ini menitik beratkan tentang perkara ini? Renung-renungkan dan selamat beramal....
Pelbagai alasan sebenarnya yang diberi oleh para ibu sekiranya tidak dapat menyusukan bayi mereka. Namun saya percaya, dengan niat, usaha dan tawakkal, insyaallah apa yang kita inginkan akan tercapai. Mungkin bukan dengan kelahiran pertama namun boleh terus mencuba lagi.
Kisah Awal Supplement
08:14
No comments
Seusai bersalin pada tahun 2012, bermulalah kehidupan saya sebagai seorang ibu dan perbezaan yang amat ketara dapat dirasai dari banyak aspek terutama dari segi aspek kesihatan. Semasa proses berpantang, saya hanya mengetahui kaedah berpantang secara tradisional iaitu mengambil ubat-ubatan seperti manjakani dan jamu-jamu kampung. Tidak dinafikan kebaikan pengambilan ubat-ubatan tradisional. Namun untuk saya, saya memerlukan makanan tambahan lain atau pun "supplement" untuk memberikan tenaga setelah proses bersalin dan keperluan tenaga bagi menguruskan bayi dan keluarga. Tambahan lagi, apabila perlu meneruskan kerjaya setelah tamat cuti bersalin selama 90 hari.
Setelah mencari maklumat di internet, saya menemui produk Shaklee dan yakin dengan keberkesanannya. Untuk itu, saya terus membeli set lengkap bersalin. Tidak dinafikan, banyak produk-produk di pasaran tetapi sejauh mana keberkesannya dan yang paling merisaukan sekiranya ada kesan-kesan sampingan.
Set lengkap yang di "order" telah sampai di ofis melalui pos laju.
Memang tidak sabar serta teruja untuk merasai keberkesanan produk Shaklee yang nyata semakin diyakini ramai pengguna. Alhamdulillah, dengan izin Allah, tiada sebarang kesan negatif dan susu juga semakin meriah. Bukan sahaja menambahkan tenaga namun mendapat manfaat penyusuan yang lebih lancar serta susu yang lebih pekat.
Gambar dari kiri : susu tanpa Shaklee dan gambar kanan : susu dengan pengambilan Shaklee
Nampak ketara bukan, perbezaan dari segi kuantiti dan juga kepekatan susu badan. Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana manfaat produk ini yang dapat dirasai sendiri. Tips penyusuan, pengambilan vitamin serta banyak lagi tips-tips yang akan saya kongsikan pada entry yang akan datang.























